Thursday, January 25, 2018

Majlis Pertunangan Farid & Fatin - Congratulations on your Engagement


My Sibs + Nek Nok

Waktu pertunangan Abang Tarot ni clash dengan waktu gerak kerja FESTKON. Seingat Tarot, waktu ini mereka tengah buat flashmob rasanya, dekat Giant dan C-Mart. Tarot tak dapat join mereka sebab kena menghadiri majlis pertunangan Farid dan Fatin.

Masa ini dahla betul-betul habis Kem Ganas, sunburn kat muka tak pulih sepenuhnya lagi. Semua orang tegur, kenapa makin hitam. Hurm, tak boleh nak jawab...terlampau banyak aktiviti bawah sinaran matahari. Tapi gigih jugaklah hendak tampil menarik di hari pertunangan abang Tarot. Kami memilih Homestay D'Safiah sebagai tempat penginapan dan memuatkan kedua-dua belah family isitu belah mak dan belah abah. Kami berpuas hati jugakla dengan keadaan homestay ni, boleh bagi rating 8.5/10.



Tarot dan Penselduabee








Teserlah kehitaman di situ. Tak sempat nak recover kot dah kena attend another event.



Selesai majlis pertunangan, terus semua orang berjalan-jalan merata Alor Setar. Antara tempat yang kami kunjungi termasuklah Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan Masjid Putih. Tapi Masjid Putih tu dapat singgah kejap je sebab hujan turun dengan lebatnya.








3 comments: