Thursday, January 25, 2018

Majlis Pertunangan Farid & Fatin - Congratulations on your Engagement


My Sibs + Nek Nok

Waktu pertunangan Abang Tarot ni clash dengan waktu gerak kerja FESTKON. Seingat Tarot, waktu ini mereka tengah buat flashmob rasanya, dekat Giant dan C-Mart. Tarot tak dapat join mereka sebab kena menghadiri majlis pertunangan Farid dan Fatin.

Masa ini dahla betul-betul habis Kem Ganas, sunburn kat muka tak pulih sepenuhnya lagi. Semua orang tegur, kenapa makin hitam. Hurm, tak boleh nak jawab...terlampau banyak aktiviti bawah sinaran matahari. Tapi gigih jugaklah hendak tampil menarik di hari pertunangan abang Tarot. Kami memilih Homestay D'Safiah sebagai tempat penginapan dan memuatkan kedua-dua belah family isitu belah mak dan belah abah. Kami berpuas hati jugakla dengan keadaan homestay ni, boleh bagi rating 8.5/10.



Tarot dan Penselduabee








Teserlah kehitaman di situ. Tak sempat nak recover kot dah kena attend another event.



Selesai majlis pertunangan, terus semua orang berjalan-jalan merata Alor Setar. Antara tempat yang kami kunjungi termasuklah Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan Masjid Putih. Tapi Masjid Putih tu dapat singgah kejap je sebab hujan turun dengan lebatnya.








Pahit Manis Sepanjang Perjalanan Festival Konvokesyen 12 (FESTKON 12)



Bermulanya perjalanan Festkon dengan Kem Teambuilding yang diadakan 7 bulan awal dari tarikh Festkon 12 iaitu pada bulan Oktober. Pembentukan organisasi ini dijalankan awal kerana terdapat exco yang perlu mulakan tugas mereka seperti exco tajaan, exco publisiti & hebahan dan exco program. Kebanyakan exco masih tidak bertugas atau tidak sibuk sehingga bermulaya gerak kerja iaitu pada bulan July, beberapa minggu selepas Raya Aidilfitri.

Bagi Tarot, memang mulanya agak susah nak terima, kena korbankan cuti 2 bulan setengah. Tengok member2 lain semua pergi bercuti, tinggal kami sekretariat sahaja "bekerja". Waktu tu UniMAP memang sangat sunyi, langsung tiada orang. Rasa macam UniMAP tu kau yang punya. Masuk fasa gerak kerja memang mula-mula agak kekok, kau nak jumpa pegawai dan staf..masa tu sekretariat pon korang tak berapa nak kenal lagi. Bila semua masuk kepala, memang kau akan enjoy.

Sepanjang meeting dan gerak kerja, korang memang kerap tertekan dan tension...masa tu korang memang harapkan sekretariat yang 30 orang tu je. Memang diorang la family korang, korang tiada orang lain dah.


Meeting pertama semasa gerak kerja


Semua acah fokus

Timbalan Pengarah yang function

Sekretariat dijemput untuk join jamuan makan JHEPA


Syifa tu tau la lapar pon, jangan gelojoh sangat




Jamuan Raya Rumah Kak Farah




Bengkel FESTKON 12




Minta Sumbangan di Pekan Jitra (tapi bole main kejap)

Abam terlebih perform



Jamuan Raya UniMAP di Dewan Ilmu



Mantan yang turut support FESTKON 12

Perbincangan Dua Hala bersama Pihak Penaja


Dinner bersama acah2 sesi bonding




FESTKON 12 BOYZ

Pengarah bersama Timbalan Pengarah



Meeting bersama pegawai2 HEPA

Meeting bersama pihak penaja

Kalau tahap stress tu tahap maximum, ni salah satu kesan kepada sekretariat.

Manakala kat sini ada "Bicara Hawa"

Shopping Time

Salah satu cara hilangkan stress

Meeting lagi....









Hajar bersama Penaja Program




Getting Ready for Kem Ganas 2.0




Muka kena naik transport sendiri. Nasib baik masing2 merupakan produk kem ganas.


Praktis untuk Flashmob. Terima Kasih kepada pihak UKR.




Flashmob Sesi Pertama.



Meeting pertama lepas bukak semester baru.


Mempromosikan FESTKON 12 bersama Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh.


Interview para Krew FESTKON 12.

Sekretariat yang menghadiri Pengucapan Awam.

Meeting bersama Pusat Sukan mengenai program-program sukan.

Bersama pihak penaja, De'Touch.

Teambuilding untuk krew FESTKON 12.


Flashmob Sesi Ke-2





Begitulah perjalanan para sekretariat selama 7 bulan untuk FESTKON 12 yang bakal berlangsung pada 25 - 30 Oktober 2017 iaitu selama 6 hari. Kami berharap agar penat lelah kami dapat menjayakan FESTKON 12 dengan jayanya. AMIN.

DAN kepada para-para 1st year dan 2nd year, Tarot sarankan anda join FESTKON lebih2 lagi jika anda memang berminat untuk menguruskan program. Serious talk, memang banyak kelebihan join Festkon ni...peluang anda akan lebih terbuka tanpa sedar. Lebih2 lagi bila korang berusaha dan pegawai nampak korang punya potensi, memang korang akan pergi lebih jauh. Tempoh pengajian anda 4 tahun je, tak lama pon. Jangan menyesal bila dah tamat pengajian tapi tiada pengisian sepanjang kehidupan di UniMAP.