Friday, May 25, 2018

SUMBANGAN UNTUK PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS





Majlis Perwakilan Pelajar anjuran bersama Sahabat Pusat Islam dan Kelab Sukarelawan UniMAP akan menganjurkan sebuah program kebajikan seperti maklumat berikut:


Nama Program : Program Tautan Kasih 2018

Tarikh                : 30 Mei 2018 (Rabu)

Masa                  : 5.30 petang - 10.00 malam


Kami telah merancang program ini untuk membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Jadi, kami telah menubuhkan satu kumpulan untuk mengumpul segala bentuk sumbangan untuk menjayakan program ini. Program ini secara asasnya merupakan sebuah program berbuka puasa bersama anak yatim. Kami juga akan menyerahkan segala bentuk wang sumbangan yang dikumpulkan di masjid, pensyarah dan sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. Bilangan anak yatim di pertubuhan ini adalah seramai 42 orang.

Bentuk sumbangan untuk menjayakan program termasuklah:
  • Beras
  • Air Mineral
  • Kurma
  • Susu tin/ tepung/ gula
  • Baju Melayu/ Baju Kurung (Baju Raya)
  • Keperluan Seharian (berus gigi, sabun, bedak)
  • Wang Tunai
  • Buku atau Alatan Tulis

Satu usaha kami untuk mengutip sumbangan dari orang ramai.


DERMALAH 

untuk Saham Akhirat anda.


Untuk sebarang maklumat, sila hubungi:
MUSTAZA - 0132035062
HANAFI     - 0145524738
FISHA         - 01137818525


Anda juga boleh terus hubungi ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis - 04-9763455

Tuesday, May 22, 2018

Paradise Holiday - Sabah, Percutiaan di Bawah Bayu (DAY 1 & DAY 2)


Tarot dan member - member dah plan vacation ke Sabah ini nak dekat setahun. Cerita dia, masa lepas Kem Teambuilding Festkon, kami dah cipta satu pakatan baru, Pakatan Sekretariat Manufact. Lepas tu, kitorang terfikir satu idea yang agak luar jangkaan. Masa tu Tarot scroll2 Facebook, lepas tu keluar la promo Air Asia & kitorang terus beli tiket malam itu juga.

Pada 29 Januari 2018, seawal pagi kami gerak ke KLIA 2 untuk menaiki flight. Percutian kami mengambil masa 6 hari 5 malam dan basically, 1st day dan last day itu kami tidak berjalan sangat. Hari pertama kami, Napi selaku tourist guide kitorang, mempunyai sedikit masalah dari segi urusan penginapan dan pengankutan. Sebab tu hari pertama kami tidak dapat ke mana-mana.

Ready for departure.


Touchdown!!

Basically, hari pertama tiada apa yang menarik yang berlaku. Kami disambut oleh Hanafi selaku tuan rumah dan tourguide kitorang.


DAY 2







Hanafi dah susun jadual kami dengan tersusun. Dalam perancangan hari ini kami akan dibawa pusing-pusing bandar Kota Kinabalu. Tempat pertama yang kami pergi ialah Akuarium dan Muzeum Marine. Tempat ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah dan mereka memang jadikan muzeum ini tempat pelancongan. Sebab UMS memang ada jurusan marine, so basically diorang buat research pasal hasil-hasil maritim. Selepas itu, research diorang diletakkan di muzeum ini. 




"Hi! I'm Yertle the Turtle"


Ikan ni malu-malu nak selfie dengan kami




Selepas itu, Napi bawak kami bawak pusing bandar Kota Kinabalu dan bawak tengok keunikan bandar Kota Kinabalu. Salah satu mercu tanda di sini merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di kepulauan Borneo.

Berikut merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.


Napi bawak kami pergi Muzeum Sabah yang terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang unik ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Tembikar, senjata tradisional dan busana mencerminkan kepelbagaian budaya negeri ini dan menyusur galurkan perhubungan dagang terawal antara Sabah dengan negara jirannya di Asia Tenggara dan China. Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual.


Hipstur di Hadapan Muzium Sabah.


4 monkeys on vacay.

YDP menjadi model untuk Perkampungan Budaya.

Penampakan entiti di belakang Hakim.


Selepas melawat muzium dan perkampungan budaya, Napi bawak kami makan dan solat. Tapi apa yang kami boleh cakap, Sabah ini bukan syurga makanan. Napi sendiri cakap makanan di semenanjung jauh lebih sedap berbanding makanan di Sabah. 

Masjid Negeri terletak betul-betul di tengah bandar Sabah. Kami solat jamak dan kami berbincang untuk terus naik Kundasang petang ini jugak. Abang ipar Napi merupakan orang berpengaruh jadi kami dapat penginapan percuma di Pusat Latihan Islam, Kundasang.


Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu


Lepas solat, kami bergegas bertolak ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, kami perlu melalui jalan yang sangat berbukit. Kami juga dibelanja dengan pemandangan yang sangat cantik. Setibanya kami di kawasan Kampung Bongol, Tamparuli, kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar. Memang sumpah pemandangan dia terbaik beb!!










Dalam 1 jam setengah perjalanan yang agak menyegarkan, kami tiba di pekan Kundasang. Napi sarankan kami beli segala kelengkapan makanan sebab Pusat Islam terletak di kaki bukit Kinabalu jadi memang jauh dengan kedai-kedai. Pekan ini merupakan kedai yang paling dekat itupun dalam 20 kilometer.

Saya dan Syafiq memutuskan untuk beli mee maggi, biskut dan roti supaya kami tidak kebuluran malam ini. Napi dan Hakim membeli ayam dan beras untuk makan malam ni. Napi kata ada dapur gas di sana, tapi tak yakin. Kira kami macam gamble la.

Pekan Kundasang, masa ni suhu dan mencecah 16 ०C.

Selepas membeli semua keperluan yang diperlukan, kami terus gerak ke Pusat Latihan Islam, Kundasang. Perjalanan agak menakutkan sebab gelap dan berbukit. Jalan dia juga berada dalam keadaan kurang baik kerana kejadian gempa bumi pada tahun 2015. Kami juga sampai tersesat sebab salah masuk simpang. Dalam perjalanan itu, kami nampak banyak homestay yang direka ala-ala rumah di Eropah. Memang Tarot berhasrat untuk datang lagi dengan keluarga pula.

Suasana malam di Pusat Latihan Islam, Kundasang.

Setibanya dalam pukul 10.00 malam, kami terima kunci daripada Pak Guard. Kami dapat menginap di Banglo kerana abang ipar Napi merupakan orang yang agak berpengaruh di sini. Masuk2 banglo tersebut kami sangat excited kerana cuaca yang semakin sejuk dan banglo yang sangat besar. Manakala Napi terus cari dapur gas. Dia keluar dengan perasaan yang hampa kerana bukan setakat dapur gas malah heater pun tiada di sini. Kami terus masuk bilik yang besar dan luas. 

Lepas tu, kitorang ikhtiar hidup untuk masak nasi dan ayam tu. Akhirnya, Napi decide untuk rebus nasik dan ayam tu pakai air panas. Kami turun untuk pinjam heater dari Pak Guard dan Hakim jerang air dan rendam ayam nak dekat 9 kali. Nasi tu pon Hakim menggunakan kaedah yang sama. Yang lagi bes, heater tu kita guna banyak kali sampai tendang. Satu rumah plug tak boleh pakai sampai Hakim kene pergi betulkan balik.

Akhirnya, kami makan nasi separa mentah dan ayam rebus yang tak berapa nak siap. Masih mentah-mentah lagi. Kami terpaksa tambah sos dan kicap untuk tutup rasa mentah tu. Tidak mengapa, kata produk Kem Ganas. Malam tu kami tidur kumpul tenaga untuk hari esok.









Tuesday, May 15, 2018

Menjadi Manusia yang Bersyukur - Allah Boleh Tarik Kenikmatan Kebahagiaan Sekelip Mata



Setelah agak lama Tarot menyepi, Tarot telah diuji dengan beberapa ujian yang agak berat. Akan tetapi, Tarot bukan hendak mengetengahkan ujian tersebut tetapi Tarot ingin berkongsi tentang satu pengajaran iaitu Menjadi Manusia yang Bersyukur.

Tarot sedar, Tarot juga seorang manusia biasa dan sering melakukan kesilapan. Akan tetapi, satu kesilapan yang sering dilakukan oleh manusia, bukan setakat Tarot malah hampir semua insan di muka bumi ini, iaitu TIDAK BERSYUKUR. Kita selalu merungut dan melihat apa yang kita tidak dapat, sehingga terlupa untuk menghargai atau bersyukur dengan apa yang kita ada.


Tarot bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, malah pengajaran ini juga kepada diri Tarot juga. Ilmu yang Tarot ada ini sangatlah sedikit tetapi ilmu yang ada perlu dimanfaatkan. Tarot ingin mengutarakan nikmat kebahagiaan termasuklah harta yang banyak, kawan yang ramai, kepintaran, rupa yang cantik, badan yang sihat tidak perlu dibanggakan, sebagai manusia kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan.


Allah boleh tarik nikmat tersebut sekelip mata. Apa yang Tarot pernah lalui, kenikmatan ditarik sekali gus dan kita baru hendak hargai apabila kenikmatan itu ditarik.

Tarot belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Sebenarnya, Allah baru uji sedikit kerana banyak lagi kenikmatan yang dikurniakan. 


Selagi kita hidup di bumi Allah, jangan lupa untuk bersyukur.

Friday, April 20, 2018

Mendalami Masalah Mahasiswa : Wajarkah Minat Mahasiswa Disekat ???






Assalamualaikum semua, sekian lama Tarot menyepi...Akhirnya Tarot muncul kembali. Maklumlah MPP memang banyak sangat komitmen dan tanggungjawab, sampai tiada masa untuk diri sendiri. Banyak perkara perlu dikorbankan apabila anda menggalas satu tanggungjawab yang besar.

Topik yang Tarot ingin bawa ke platform blogging ialah topik yang penting dan sering menjadi perbualan orang ramai di universiti.

Adakah wajar minat mahasiswa disekat??

Tarot sering membawa isu ini di dalam dunia blogging ini kerana isu ini sangat penting untuk diketengahkan. Sebagai MPP, kami sering dihentam dan ditentang hebat apabila kami sangat fokus tentang program pelajar dan program-program jemputan yang lain. Kami bukan mengabaikan akedemik secara langsung tetapi kami cuba untuk menyeimbangkan akedemik dan dunia MPP kami. Jika hentaman tersebut dari pelajar, kami hanya tutup telinga dan abaikan kerana kami percaya hentaman tersebut bersifat cemburu dan iri hati. Mereka tidak dapat jadi macam kami dan mereka tidak upaya untuk jadi seperti kami. Akan tetapi, kebanyakkan pensyarah menentang apabila kami aktif seolah-olah kami tidak pentingkan akedemik. Kami lebih cendurung untuk aktif dalam program-program kerana berikut merupakan minat kami. Kebanyakan pelajar yang aktif, lebih minat event management dan pembelajaran luar kuliah. Saya yakin kami belajar banyak dalam proses menjayakan program sebagai contoh soft-skills semasa berunding dengan pihak luar..cakap pasal pihak luar, kami deal dengan pelbagai jenis manusia dari semua peringkat umur. Kami harus belajar bagaimana untuk tackle golongan-golongan yang pelbagai ini. Selain itu kami belajar sistem dalam perniagaan, budaya, etika kerja dan nilai murni, kepimpinan, kerja bawah tekanan, pengurusan maklumat dan tanggungjawab. Mungkin semua aspek ini ada dipratikkan dalam kelas, tetapi tidak banyak. Masa singkat kita di universiti bukan untuk buku sahaja.

Tarot faham niat pensyarah mungkin berhasrat untuk menyaksikan anak muridnya berjaya, tatapi tidak wajar untuk menyekat minat mereka. Sebagai sebuah universiti teknikal, Tarot percaya tidak semua akan keluar akan menjadi engineer. Selaras dengan sistem iCGPA yang ditubuhkan pada tahun 2015, Tarot yakin negara Malaysia juga berhasrat untuk melahirkan graduan yang holistik. Bermakna bukan graduan yang cemerlang dari segi pointer malah cemerlang dari pelbagai aspek seperti kemahiran keusahawan, etika, personal grooming dan lain-lain. Tarot yakin aspek-aspek seperti ini akan membawa graduan lebih ke hadapan berbanding graduan yang hanya pointer-oriented tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Sekali lagi Tarot ingin melontarkan isi hati yang terbuku ini, minat individu itu tidak wajar disekat. Walaupun belajar dalam jurusan kejuruteraan, tidak semua yang keluar nanti akan menjadi seorang jurutera. Skop kerja sangat luas dan pilihan itu terletak di tangan mereka sendiri.

Saturday, February 17, 2018

Program Limpahan Kasih - Anak Angkat di Kampung Guar, Chuping


Pada tanggal 20 sehingga 21 Januari 2018, beberapa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2017/ 2018 dijemput untuk menghadiri ke Program Limpahan Kasih (Program Anak Angkat) di Kampung Guar, Balik Bukit. Program ini sebenarnya kombinasi beberapa program serentak termasuklah program anak angkat, gotong royong (mengecat surau), kayuhan bersama DYTM Tuanku Canselor dan pelancaran tenaga solar di Kampung Guar. Jadi MPP turun padang untuk bantu menjayakan program Ad Hoc ini.

Pada 20 Januari, kami bangun seawal 6.30 pagi (propa) kerana kami perlu bertolah jam 7.00 pagi. Setibanya di Kampung Guar, kami disambut oleh abang Jabar lalu terus mulakan kerja gotong royong. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah mengecat surau, mengemas stor, potong bawang, menyapu dan banyak lagi. Kami berehat sebentar untuk sarapan pagi, selepas itu kami sambung kerja.

 
Gadis - gadis mengecat tingkap

Fitri turut mempamerkan bakat.

Abang YDP yang turut acah mengecat.

Ni tengah mengecat ke ni?? Macam lain macam je

Akak logistik masih berbisa, masih berlogistik.

Manakala yang ini, abam TYDP kita. Tak tahu la gaya apa.



Selepas itu, kami masuk ke rumah keluarga angkat kami. Datuk dan Datin yang selesa dipanggil dengan panggilan Ayah dan Omak, beliau memang seorang yang humble dan down-to-earth. Mereka tidak suka manusia dibezakan dengan darjat dan pangkat. Mereka menganggap anak-anak angkat seramai 15 orang ini sebagai anak sendiri.

Kami letak kesemua barang kami di dalam bilik anak tunggalnya dan bercadang untuk berehat sejenak. Akan tetapi berehat sejenak bertukar menjadi beradu yang agak lama. Bukan apa, kami dah menggunakan seluruh tenaga sepanjang minggu dengan gerak kerja dan meeting bersama pegawai. Hari Sabtu juga dipenuhi dengan program sehingga badan sendiri tak mampu untuk terus bekerja.


Memang REPO terbaik. Semua orang tidur satu bantal.

Tersedarnya kami lebih kurang pukul 5.00 petang, terus turun. Kami diberi makan lagi, dekat sini makan memang bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Sentiasa cukup. Bila cuaca dah semakin redup, kami mula berjalan-jalan ke sawah. Bagi budak bandar macam Tarot ni, memang jarang untuk dapat menikmati sawah padi dengan lebih dekat. Ini adalah pengalaman yang agak jarang untuk Tarot, mendekati sawah padi dan bendang.


Yang ni, tak tahu la ular ke?? Nicki Minaj ke??



Yang ni pon excited juga tengok sawah padi.


Family angkat ajak main futsal bersama. Kami pon terima ajakan mereka. Yang penting team MPP kene ayam kat adik2. HAHAHAHA........

Balik dari Futsal, kami balik dan terus tumbang....Esoknya semua terlajak tidur, kami bangun pukul 7.43 pagi. Kelam kabut semua MPP, berebut2 bilik air. Hahahahahah.....typical college students. Kami terus bantu warga kampung untuk mempersiapkan semua persediaan, seperti meja kerusi, pinggan mangkuk, potong bawang (lagi?), dan kacau gulai. Tepat pukul 12.00 tengah hari, kami kena bersedia menyambut kehadiran Tuanku yang baru tamat kayuhan basikal.

Hari ini, ramai mak cik dan pak cik cemburu dengan omak kerana omak bolot habis anak angkat. Omak ambik kesemua 15 anak angkat yang terdiri daripada 5 lelaki dan 10 perempuan. Kebanyakan mak cik dan pak cik tinggal berdua sebab anak mereka dah besar dan sudah bekerja atau belajar di tempat yang jauh. Jadi mereka agak sunyi dan mengharapkan anak angkat untuk program ini untuk mengubati hati yang kesepian.

Prof Foad, TNC yang sangat sporting.




Pelancaran mentol menggungakan tenaga solar.




Bersama mak cik pantun, rasa melimpah-limpah kasih sayang. Patutlah nama program Limpahan Kasih.






Waktu ini, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Omak, Family Angkat dan warga kampung. Terasa hiba di dada tetapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Memang sedih waktu tu, walaupun program Ad Hoc dan sangat sekejap tetapi memang banyak kenangan bersama mereka dan keluarga MPP sendiri. Tarot sarankan kepada pembaca2 yang masih menuntut di universiti, jangan lepaskan peluang jika ada program yang berbentuk Keluarga Angkat ini, memang sangat seronok.

OTW hendak menaiki bas dan pulang ke UniMAP. :'(