Saturday, November 25, 2017

"Demi Mencari Sesuap Nasi" - Kem Ganas 2.0

Slot ini merupakan aktiviti terakhir untuk Kem Ganas 2.0 ini dan aktiviti ini merupakan yang paling mencabar antara semua aktiviti. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan besar di mana kami diturunkan di Kota Bharu Mall dan Pasar Siti Khatijah. 2 kumpulan tersebut terdiri daripada 3 kumpulan kecil dan setiap kumpulan WAJIB mengumpul RM 170.00 untuk sempurnakan misi ini.

Kami tidak diberikan apa-apa dana dan sebagai satu kumpulan, kami harus bekerjasama untuk lengkapkan misi ini walau apa-apa cara sekalipun. Jika kami tidak dapat laksanakan misi ini, kami akan dikenakan denda iaitu tidak dibenarkan balik naik bas. Kami harus pulang ke Kuala Besut sendiri. Masa yang diberikan hanyalah 4 jam setengah.

Sebelum mula cari kerja

Mula-mula kami pecahkan kumpulan kami yang terdiri daripada 9 orang kepada beberapa kumpulan kecil. Saya dan Acan berusaha untuk cari kerja dan banyak kali ditolak. Selepas 1 jam, kami terpaksa mengambil inisiatif untuk kumpul duit walaupun sedikit. Kami mengambil upah menjual air mineral daripada seorang Pak Cik. Setiap botol yang dijual kami mengambil komisen 10 sen.

Keuntungan daripada menjual Air Mineral


Selepas itu, Acan terpaksa cari jalan lain kerana penjualan air mineral agak lambat dan sedikit keuntungan. Akhirnya kami pergi ke tandas awam dan kami mengambil upah untuk cuci tandas awam. Memang satu perkerjaan yang sangat mulia. Kami mendapat RM20.00 untuk kerja selama 1 jam setengah. 




Terima kasih majikan !! Tak boleh blah muka kami, barai teruk.


Mengambil upah membersihkan dan mengangkut najis kuda.


Mengambil upah jadi pelayan di kedai makan.






Akhirnya, apabila jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang, maka berakhirlah slot ke 4 iaitu Demi Mencari Sesuap Nasi. Semua kumpulan mencapai dan melebihi target yang ditetapkan. Malam tersebut kami makan besar dengan hidangan ikan, hot dog dan ais krim. Semua juadah malam itu adalah hasil pendapatan yang kami kumpul siang tadi.











Dah sampai UniMAP, kami goreng keropok lekor fresh dari Terengganu.










1 comment:

  1. patutlah nama kem, Kem Ganas. Ganas betul Kem ni. Waaa...

    ReplyDelete