Monday, November 27, 2017

Itaewon Shopping Street (이태원 쇼핑거리) - Halal Food Tour

The Global Community in Seoul: Global Fashions and Foods


Itaewon ni dekat je dengan kawasan apartment kami, kami jalan kaki dalam 5 minit sahaja. Kawasan ini memang hidup, penuh dengan fashion dan kosmetik sepanjang jalan. Memang heaven la untuk pelancong-pelancong yang kaki shopping.

Kat sini jugak terdapat banyak kedai-kedai yang menyajikan makanan halal seperti kebab dan kuih-kuih pakistan. Akan tetapi, harga makanan pon first class. Sebaik saja kami balik dari Rainbow Bridge, kami terus keluar ke Itaewon Street dan singgah makan dulu. Boleh bayang tak, harga sepinggan kebab sampai RM 40.00.


Kat Itaewon Street ni jugak memang sangat cantik untuk buat photoshoot.



















Sunday, November 26, 2017

Busan Gwangandaegyo Bridge (부산 광안대교)

Spectacular Lighting Show Takes Place Nightly at Gwangan Bridge


Setelah balik daripada Everland, kami ke destinasi seterusnya iaitu Gwangandaeyo Rainbow Bridge. Jambatan yang dilengkapi dengan beribu-ribu lampu LED memberikan satu pemandangan indah kepada pengunjung-pengunjung. Pengunjung boleh menikmati dengan perasaan romantis sambil menikmati angin sejuk dan makanan yang enak. Kira kat sini memang port terbaik untuk pasangan yang sedang dating.

Persembahan air pancut serta lampu warni-warni diiringi lagu ini dipersembahkan dalam masa 5-8 minit bermula jam 8.00 malam. Yang paling penting, penonton tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikan persembahan ini. Melainkan jika pengunjung menaiki cruise, akan dikenakan bayaran tiket masuk. Pemandangan dari cruise boat lebih indah dan menyeluruh.










Sempat lagi pak cik k-pop tu posing.





Yang menariknya, terdapat banyak street-food dan food-truck kat sini, lepas tu makanan yang dijual kelihatan menarik. Kami dah la tengah lepas, bila bau makanan tu menusuk hidung memang berganda-ganda terliurnya. Kami hanya mampu melihat kerana diragui halalnya. Kira tempat ni menarik untuk penduduk tempatan hangout malam-malam.

Saturday, November 25, 2017

"Demi Mencari Sesuap Nasi" - Kem Ganas 2.0

Slot ini merupakan aktiviti terakhir untuk Kem Ganas 2.0 ini dan aktiviti ini merupakan yang paling mencabar antara semua aktiviti. Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan besar di mana kami diturunkan di Kota Bharu Mall dan Pasar Siti Khatijah. 2 kumpulan tersebut terdiri daripada 3 kumpulan kecil dan setiap kumpulan WAJIB mengumpul RM 170.00 untuk sempurnakan misi ini.

Kami tidak diberikan apa-apa dana dan sebagai satu kumpulan, kami harus bekerjasama untuk lengkapkan misi ini walau apa-apa cara sekalipun. Jika kami tidak dapat laksanakan misi ini, kami akan dikenakan denda iaitu tidak dibenarkan balik naik bas. Kami harus pulang ke Kuala Besut sendiri. Masa yang diberikan hanyalah 4 jam setengah.

Sebelum mula cari kerja

Mula-mula kami pecahkan kumpulan kami yang terdiri daripada 9 orang kepada beberapa kumpulan kecil. Saya dan Acan berusaha untuk cari kerja dan banyak kali ditolak. Selepas 1 jam, kami terpaksa mengambil inisiatif untuk kumpul duit walaupun sedikit. Kami mengambil upah menjual air mineral daripada seorang Pak Cik. Setiap botol yang dijual kami mengambil komisen 10 sen.

Keuntungan daripada menjual Air Mineral


Selepas itu, Acan terpaksa cari jalan lain kerana penjualan air mineral agak lambat dan sedikit keuntungan. Akhirnya kami pergi ke tandas awam dan kami mengambil upah untuk cuci tandas awam. Memang satu perkerjaan yang sangat mulia. Kami mendapat RM20.00 untuk kerja selama 1 jam setengah. 




Terima kasih majikan !! Tak boleh blah muka kami, barai teruk.


Mengambil upah membersihkan dan mengangkut najis kuda.


Mengambil upah jadi pelayan di kedai makan.






Akhirnya, apabila jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang, maka berakhirlah slot ke 4 iaitu Demi Mencari Sesuap Nasi. Semua kumpulan mencapai dan melebihi target yang ditetapkan. Malam tersebut kami makan besar dengan hidangan ikan, hot dog dan ais krim. Semua juadah malam itu adalah hasil pendapatan yang kami kumpul siang tadi.











Dah sampai UniMAP, kami goreng keropok lekor fresh dari Terengganu.