Thursday, October 12, 2017

Menghadiri Kem Kepimpinan UniMAP - Kem Ganas 2.0 di Pulau Pendidikan Gerik, Perak

Bertolak

Kem Ganas 2.0 ini ialah satu kursus atau kem kempimpinan yang diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar UniMAP. Kami semua adalah golongan yang terpilih dan dipilih oleh HEPA dan kebanyakan daripada kami mempunyai organisasi tersendiri seperti PPMS, FESTKON, MPKK dan macam-macam lagi. Setahu aku, kursus ini juga dibuka kepada siapa-siapa yang berminat dalam kepimpinan. Yang penting, kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk menyertai kursus seperti ini.

Kursus ini mengambil masa 6 hari dan bertempat di 2 lokasi iaitu Gerik dan Kuala Besut. 3 hari pertama kami diuji dan digilap di Pulau Pendidikan Gerik, Perak. Di sini, fizikal kami diuji dengan hebat oleh aktiviti-aktiviti yang dicabar.

Sesi taklimat yang pertama












Sesi taklimat yang kedua

Selepas itu, kami diberi masa untuk check in (amboi, bukannya dok hotel) dan berehat sebentar sebelum makan malam. Time ni semua kebuluran sebab tu semua orang berebut.

Malam ni kami di-psycho oleh Dr. Hanum dengan muslihat2 yang bakal dihadapi. Yang penting kena redho.
  
Sesi taklimat ketiga untuk aktiviti esok.

Water Confident

Pagi2 seawal 7.00 pagi kami mulakan dengan sarapan yang begitu enak.


Kawad kaki + Streching. Tak tahu kenapa semua orang lawak sangat.



Pada pagi hari kedua, aktiviti dimulakan dengan water-confident. Dah nama pon water confident, aktiviti ini menguji keyakinan dan keberanian kita apabila berada dalam tasik yang berkedalaman 200 meter. Kita hanya bergantung kepada jaket keselamatan dan rakan sendiri untuk terapung.

Kategori pertama, kita harus buat satu bulatan bersama rakan-rakan dan menaikkan kaki ke atas permukaan air. Manakala kategori kedua, kita harus memautkan kaki kepada rakan dan membantuk rantaian manusia. Kemudian kita harus mengayuh tanpa memutuskan rantaian tersebut.



Kira macam ni la "kerera api" manusia tu, yang penting kami kena kayuh.


Hiking

Selepas itu, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan melakukan aktiviti hiking manakala kumpulan satu lagi akan ber-kayak.


Sesi taklimat sebelum hiking.

Model + tugu di Pulau Pendidikan.










Kami ingat hiking di Pulau Pendidikan semudah hiking di tempat lain, ternyata sangkaan kami salah. Hiking kali ini merupakan yang paling sukar dalam kebanyakan hidup kami. Trails yang diberi semasa pergi mudah tetapi semasa jalan balik sangat sukar. Trails tersebut sangat curam dan kita wajib berpaut pada akar, pokok atau rakan sendiri. Kalau tidak, kemungkinan untuk jatuh atau tergelincir sangat tinggi.

Bukan itu sahaja, kami juga dicabar dengan ancaman flora dan fauna seperti batang pokok yang berduri, kala jengking dan lipan. Laluan yang sempit masih ditutupi dengan semak2. Hiking ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kayak/ Rakit

Aktiviti terakhir merupakan berakit, yang disangka mudah. Rakit yang diperbuat daripada batang paip PVC haruslah dinaiki oleh 2 atau 3 orang. Kami harus berakit sejauh 200 meter (200 meter je pun). Bila kami dah kemudikan, rasa macam 20 kilometer. 

Rakit di memang sangat susah untuk dikawal dan rakit ini memang mudah untuk terbalik. Bila dah terbalik, memang susah untuk naik semula dalam keadaan terapung di atas permukaan tasik yang berkedalaman 200 meter. Kerjasama memang diuji sepanjang aktiviti berakit ini. 





Selepas habis kesemua aktivit, kami diberi masa untuk makan dan berehat sejenak untuk muslihat yang seterusnya. Dr.Hanum memberikan ruang kepada peserta untuk sukarela berada di tengah dan berkongsi tentang pengalaman dan iktibar sepanjang aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.



Malam Bakat Seni

Pada sebelah malam, kami dihidangkan dengan muslihat seterusnya iaitu Malam Bakat Seni. Kami dipecahkan kepada 6 kumpulan dan hanya diberikan 1 jam untuk bersedia mempersembahkan apa-apa persembahan mengikut kreativiti. 

Preparation


Lakonan sketsa yang mantap daripada kumpulan 6.

Persembahan Zumba daripada kumpulan 2.



 Boria daripada kumpulan 5.

Parody Dr. Hanum daripada kumpulan 1. Miss Kajol



Dikir Barat daripada kumpulan 3

 Tarian Flashmob daripada kumpulan 4


 Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang berusaha mencungkil dan menggilap bakat kempimpinan kami semua.



 Begitulah pengalaman kami dengan cabaran yang dihadapi di Pulau Pendidikan. Sekarang kami akan berangkat ke Kuala Besut untuk menghadapi muslihat yang akan datang.