Sunday, July 30, 2017

Tony Roma's - Teringin Nak Cuba Keenakan Beef Ribs



Cerita sebenar dia macam ni, Tarot berminat dengan satu sports inner ni dekat Carausell. Lepas tu deal dengan sorang brader ni nak COD kat Mid Valley. Sebab brader tu memang kerja kat sana, so senang je la dia nak buat perkhidmatan COD.

Tarot pon set la satu masa nak jumpa dengan dia, kat Starbucks. Ajak kakak Tarot sekali, malas nak pergi sorang2. Time dah sampai tu, kakak terus pergi kat parking sebab banyak sangat kereta, tak boleh nak berhenti. Bila dah settle beli tu, Tarot pon rasa macam nak makan. Dah alang2 pergi Mid Valley, takkan nak terus balik...so decide nak makan dulu kat mana-mana.

Jalan2 sikit, Tarot ternampak kedai Tony Roma's. Ramai dah cite kedai ni menyajikan hidangan Ribs yang sangat lazat tapi Tarot belum pernah mencubanya. So, kitorang decide nak makan kat sini.

Tiba2, ada satu sign menyatakan bahawa Ribs dan apa2 hidangan kambing out of order. Takde rezeki harini tapi kitorang still decide nak makan kat sini. 


Muka baru bangun tidur + lapar yang amat
 

SOUP OF THE DAY

Soup dia bole diberi rating 7/10. Memang tidak kedekut dengan pengisian. Rasa die memang "thick".

Roti + Butter. 

 STEAKHOUSE BURGER

Tarot memang seorang penggemar burger. Burger Tony Roma's ni pun tidak mengecewakan. Patties die memang terbaik + mouth-watering. Kombinasi daging patties + cheese + tomato + fries sebagai extra dish memang sangat mengenyangkan.

CHICKEN WINGS + ONION RINGS

Chicken Wings juga tidak mengecewakan, cuma onion rings tersebut agak berminyak dan sedikit lembik. Jadi loya apabila makan dalam kuantiti yang banyak.


All in all, Tony Roma's memang tidak mengecewakan kerana hidangan makanan yang memuaskan. Tapi kena datang lagi untuk cuba Ribs yang menjadi bualan hangat masyarakat kerana kelazatannya.

5 comments:

  1. Uikk boleh out of order ye. Beef ribs tr mmg terbaik Dan sedap Sgt. Nanti cubalah

    ReplyDelete
  2. www.. nampak menyelerakann.. nyum2

    ReplyDelete
  3. Tony Roma jenama western food yg ada own supporters dan the food mmg sedap..dulu la..

    ReplyDelete
  4. onion rings dulu pernah makan dekat texas chicken. Kembang tekak

    ReplyDelete