Sunday, July 9, 2017

Suhail's Openhouse Turns into Unexpected Sleepover


Suhail ajak Tarot pergi openhouse rumahnya. Dia juga turut mengajak geng2 La Salle serta segilintir geng Matrikulasi (KMPk)...termasuklah Faiz, Wan, Aqib, Zaqwan, Azri, Arip dan tak tahula. Amin jugak turut diajak tetapi Amin masih berada dalam minggu peperiksaan cuma next paper dia 2 hari akan datang. Kebetulan Faiz (ex-KMPk) kawan ngn Amin, so diorang janji gerak sama2 dari Shah Alam..naik ktm pastu Tarot pergi pick-up diorang. Janjinya pukul 7.50 pm, last2 pukul 9.30 pm baru sampai. 

Terus kitorang shoot pergi rumah Suhail dan kitorang baru sedar kitorang yang terakhir untuk tiba. Geng La Salle semua dah sampai, Haikal, Fadhli, Syafiq dan Alief....geng Matriks Hazziq yang unexpectedly muncul. Arip memang awal2 bgtau tak boleh datang. Wan Sam, Azri dan Aqib cancel last minute. Kira geng Matriks tinggal Faiz ngn Hazziq je. HAHA.

Kitorang pon terus makan juadah yang disediakan. Perut pon memang tengah lapar, tunggu geng2 Uitm (Amin & Faiz) hampir 2 jam kat ktm. Kitorang pon sembang smpai tak sedar waktu yang berlalu. Cathing up session sampai tuan rumah pon tengah start kemas2 rumah.

Last2, baru sedar yang kena hantar Hazziq, Faiz dan Amin kat ktm dan lrt. Masa pon dah hampir 12 pm. Aq kalut bawak, pastu kereta viva pulak bawak masalah. Tayar asyik sagat je, tak tau la sebab terlebih muatan ke apa, tapi memang merisaukan la. Banyak kali gak la kena berhenti sebab nak tengok keadaan kereta. Lepas2 tu slow2 bawak pergi lrt. Drop Hazziq dulu, pastu dia call kata lrt dah habis waktu beroperasi.

Pastu pick-up dia balik, hantar gi ktm pulak. Lepas tu, waktu beroperasi pon sudah tamat. Tarot dah tak boleh nak fikir, kereta pulak macam dah nak barai. Sebab dah lewat malam pastu badan pon penat seharian pergi beraya. Boleh je Tarot tukar kereta Naza, pastu pergi hantar diorang kat Uitm. Tapi bila bincang balik slow2, Tarot cadangkan tidur dulu rumah esok baru hantar diorang kat ktm. Sebab esok diorang semua free.






 Geng2 Kurta !!


Ex-KMPk !!



Kesimpulanya, Faiz, Hazziq dan Amin overnight rumah Tarot. Totally Unexpected !!

So, semua orang freshen-up dulu..mandi & basuh muka pastu terus main kad..HAHA. Game Monopoly Deal ni agak best jugak la, time Raya tu seronok main ngn sepupu2. Memandangkan pemain cukup, so kitorang main. Kitorang main beberapa game je sebab lepas tu semua start baring....terus KO. Memang hari yang memenatkan !!




Dua budak ni ada paper lusa, tapi rilek je bole enjoy dengan budak2 yang dah habis finals !!

Keesokan Harinya...!!

Kitorang bangun tepat bangun 9 pagi. Memang sedap la kitorang tidur....memang tak sedar apa2 dah. Lepas tu Hazziq mandi dulu sebab dia dalam keadaan tengah travel..memang prepare la semua benda. Amin dengan Faiz gosok gigi pon tak....lepas tu Tarot ajak terus gerak ke stesyen ktm. Sebelum tu Mak ajak makan dulu.

Lepas makan, terus gerak ke ktm. Tarot dahla dalam keadaan yang tak mandi. Kitorang beerpisah kat stesen ktm Jalan Templer. Memang unexpected turnout !!



Dahla takde niat pon nak datang, tak pasal2 dapat duit raya..HAHAHA. Si Amin tu dahla rumah dia 2 minit je dari rumah Tarot.

Lepas tu, terus big-br0 ajak gi somwhere. Nak tau kami pergi mana? Nantikan post seterusnya...dahla Tarot tak mandi lagi. (bersambung...)

3 comments:

  1. datang beraya sambil follow di sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. tak apalah makan tak gosok gigi..ala2 mat salleh breakfast gitew..

    ReplyDelete
  3. hai hai.saya datang sebab blogwalking.done follow awak..follow back ye blog saya msih baru,,tqvm :)

    ReplyDelete