Wednesday, July 5, 2017

Membakar Lemak Selepas Raya Dengan Badminton


Salam semua!

Tarot dah lama tak post entry baru, yela...baru habis finals dah kalut packing nak balik. Pastu kalut nak beli baju raya dan buat persiapan raya...kalut lagi nak packing balik kampung. Lepas tu tolong Uwan den cuci kampung tu ha...kipas berhabuk sampai mencecah 6 inci ketebalannya. Yola, kipas setahun sekali je cuci itupun semasa Raya. Undangan Open House tak kira lagi (padahal baru satu undangan). Kesimpulannya, hari ini baru free sikit nak buat entry. Itupun ada lagi kerja tertunggak, nak tolong Mak cat rumah.

Sepanjang Hari Raya, kerja Tarot melantak je..lagi2 bila kat kampung den. Uwan den memang power masak..masakan die pergh!! Memang macam2 disumbatnya dalam perut nasi himpit, kuah kacang, lontong, kek coklat, rendang daging, mee kari dan Tarot dah tak ingat, banyak sangat makan. Rasa lemak yang hilang 30 hari berpuasa, muncul balik 1 hari je pada Hari Raya.

Sebab tu la Tarot dan abang decide nak bersukan, at least bagi keluar peluh ni. Baru rasa berotot sikit..ni asyik lemak je yang dihasilkan. Dua hari berturut2 kitorang main badminton dekat Sports Arena berdekatan rumah kitorang.

Day 1



Nak promote beg sebenarnya, dari SportNutrion



Ni 1st day, kitorang main sejam je, dari pukul 11.00pm - 12.00pm. Time ni ada promotion raya, jadi RM14 sejam. Sebab agak lama tak bersukan, agak pancit jugakla kitorang. Dah tercungap walaupun baru main 15 minit. Lagipun main bertiga je, Tarot, abang dan bakal tunang abang. So main 2 lawan 1.

Day 2










Hari kedua, main 4 orang...tambah 2 member aku, Suhail dan Haikal. Lepas tu diorang mintak main 2 jam...11.00 pm smpai 1 am. Kitorang nasib baik dah main semalam, kira kurang penat sikit la. Tapi still rasa macam nak tercabut tangan semua. 

Harini bangun, memang sakit seluruh badan. Tapi memang best la, bole gak mimbina shape badan..HAHAHA. Tarot nak enjoy puas2 kat rumah ni sebelum gerak kerja festkon 12 bermula.. :)

1 comment: