nuffnang adds

Monday, May 8, 2017

Attending "Seminar Graduan Holistik 2017" in Bayview Hotel, Langkawi


Sebenarnya, aku nak attend Seminar Graduan Holistik 2017 sebagai peserta tetapi aku dimaklumkan yang penyertaan sudah penuh. Nak buat macam mana, takde rezeki. Lepas tu, ade makluman untuk join jugak pergi Langkawi sebagai penonton. Kalau peserta, diorang kene hadir program ni untuk 3 hari 2 malam. Aku mmg nak la pergi, dahla pengangkutan, feri dan makan ditaja oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan senang ditaja nak pergi Langkawi, walaupun dah duduk nk dekat 2 tahun kat UniMap ni...still tak lepas2 lagi nak gi Langkawi.

Peserta dah pergi hari jumaat, aku pergi hari Sabtu..hari perasmian sahaja. So, awal2 pagi kitorang bertolak dari Bumita untuk kejar feri yang pertama iaitu pukul 7.00 pagi. Kitorang sampai jeti Langkawi pukul 8.15, then terus naik bas yang disediakan ke Bayview Hotel, Langkawi. Yang aku tahu, pihak SPRM taja student UniMap dan Uitm untuk feri tu sebab masa dalam feri tu majoriti student IPTA je.



Touchdown

Dah sampai Hotel Bayview

UniMap jadi macam tuan rumah la untuk program ni, sebab tu majoriti yang dijemput pelajar UniMap. Semua IPTA terlibat dan menghantar wakil untuk seminar ni termasuk UMS. UniMap bakal muncul Universiti Awam yang pertama yang menubuhkan 'Troop Siswa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia' bagi menerap budaya integriti dan bebas rasuah dalam kalangan generasi muda.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Abdul Halim Jusoh. Turut hadir untuk menyempurnakan majlis, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Abdul Samat Kasah. Seminar yang bertemakan "Integriti Pemacu Graduan Holistik" disampaikan oleh Dato Dzulkifli Ahmad.
Sesi bersama Dato ini sehingga pukul 2.00 petang dan antara input yang kami dapat:
Cara-cara pihak SPRM mengekalkan integriti selaras dengan identiti SPRM yang mempunyai nilai integriti:
  • Mengadakan latihan (training) selama 6 bulam untuk pihak-pihak tertentu untuk menerapkan nilai integriti dalam diri.
  • Memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dalam kalangan masyarakat. Pihak yang dilantik iaitu Jawatankuasa Aduan Awam akan memastikan aduan-aduan berkaitan rasuah diperhalusi.
  • Mengamalkan sikap "zero tolerance" terhadap gejala rasuah.
Pihak SPRM memang menentang gejala rasuah dan ingin menerapakan sifat ini dalam kalangan mahsiswa/i.










Hakim selaku TYDP UniMap, megetuai bacaan sumpah keramat mahsiswa perangi rasuah.




Macam biasa, anak2 Razali tak boleh pisah


Fiqa & Nadz. Ex-Kmpk yang jadi orang penting UniMap sekarang

Hanafi mengajukan soalan kepada Dato.

Acah2 fokus







Apabila sesi seminar dan soalan sudah tamat maka berakhir Majlis Perasmian Graduan Holistik 2017. Kitorang dijemput untuk makan tengah hari oleh pihak urusetia. Bagi peserta, diorang kena sambung program lain...kitorang, dah bebas nak buat apa. Hehehe...




Masa makan, kitorang dihiburkan dengan persembahan silap mata dari Magician Nik. Hebat2 dak UniMap ni.. ;)


Selfie ngn Tikah, ex-classmate masa kat matriks dulu. M2 T9 forever.


Tak lepaskan peluang bergambar dengan Nadz. Bukan orang biasa dah sekarang

Orang kuat Manufact, Syah Muslim



"If you can't find a good role model. Be one."


"It's not something you can accomplish by Yourself. You need group SUPPORT."

Half-Dab. Soaring Upward sebenarnya.






Maka, kitorang pon berpecah. Set2 peserta balik ke tempat mereka, manakala kami akan ke jeti. Kitorang dapat tau yang jeti akan berlepas pukul 5, time tu baru pukul 2..memang merayau2 la kitorang. Peserta terus ke aktiviti seterusnya, tapi aku tak tahu la aktivit apa...sebab aku tak terlibat.



Wakil2 dari setiap IPTA seluruh Malaysia

Kata mereka, yang ni adik Aiman Tino. Ada rupa ke? (yang kiri bukan yang kanan)








Fitri & Fiqa selaku urusetia program 







Aku dan abang aku, Daus decide nak pegi Haji Ismail Group sebab yela kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak beli coklat. Walaupun dah nak habis sem ni, duit pon tak berapa nak ada. Tapi keinginan nak beli coklat tu, membuak2.




Pepero ni memang wajib beli. Memang aku akan order kat sape2 yang pergi Langkawi. Feveret kot



Time ni memang mencabar iman betul. Aku dah la nak jimat tapi tak bole nak lawan godaan coklat2 kat sini. Tapi aku cuba gak lawan, takpe tggu loaded..time tu aku bole beli apa aku nak.

All in all, ni je yang aku beli.

Kitorang solat dulu sebab bas ke jeti pukul 3.30

Pemandangan dari Bayview Hotel dengan suasana petang ditemani hujan renyai2.

Kitorang naik bas pukul 3.30, sampai jeti pukul 3.50. Time tu dah fikir berkali2 sebab tempted nak stay Langkawi lagi sehari. Dapat naik cable car ke island hoping ke sedap gak ni. Bukan senang nak sampai Langkawi walaupun UniMap tu dekat je ngn Langkawi ni. Aku siap tanya kereta sewa kat area situ, ade yang RM 80. Bila fikir2 balik, takpela..bole tunggu kot. Dah jejak Langkawi pon kira bagus dah, yela last kali aku gi Lnagkawi time 2008, lepas UPSR. Dah banyak sangat berbeza ngn sekarang.



Anak2 Razali menawan Dataran Lang pula. Malangya, Hakim tiada di sini. Tula, busy sangat sape suruh.






  

Me & Daus Kmpk. Hahahah..kmpk everywhere...




Dah naik naik feri






Kitorang sampai Kuala Perlis dalam pukul 6.00 dan terus naik bas ke Bumita. Dalam pukul 6.45 kitorang smpai. Itulah kisah aku dan Langkawi, lepas ni kene pergi lagi. Aku dah la penat barai malam tu, tiba2 kawan aku ajak pergi Multicultural Night 2017. Walaupun aku penat, tanpa berfikir panjang terus bersiap untuk pergi event tu pulak. (bersambung...)


Spread your Wings
It's time to Fly.
Make the Leap.
Own the Sky.






5 comments:

  1. Hi, done follow too.. check kat follower list ye :)

    ReplyDelete
  2. datang kejap sangat, tak sempat lah nak pusing lama-lama langkawi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kejap je,sempat beli coklat & dataran lang je

      Delete
  3. haha beli coklat memang benda wajib kalau pergi Langkawi!

    ReplyDelete
  4. Hahahah anak-anak Razali dah jejak Langkawi. Saya ni tak pernah sekali pun ke sana. Kuang3. InsyaAllah ada rezeki saya travel ke sana pulak.

    http://www.blogeyja.com

    ReplyDelete