Wednesday, April 19, 2017

Pelajar UniMAP maut terjatuh dari kolej kediaman tingkat 7

(Gambar telah dipadamkan bagi tujuan menghormati keluarga mangsa)

Seorang pelajar lelaki tahun 2 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut terjatuh dari tingkat tujuh bangunan kediaman kampus Unicity di Sungai Chuchuh, di sini, petang tadi. Ketua Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian jam 2.45 petang apabila mangsa, Goh Xin Xi, 21, dipercayai tergelincir ketika cuba masuk ke biliknya yang terkunci melalui koridor bangunan, sebelum terjatuh. "Mangsa memilih untuk masuk ke biliknya melalui cara berkenaan kerana dipercayai tertinggal kunci di dalam bilik. "

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi, hari ini. Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa di Pulau Pinang, mengenai insiden yang menimpa pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

No comments:

Post a Comment