Sunday, April 30, 2017

Akhirnya, Nek Nuk jadi Tunangan Orang!!


Sebenarnya, aku tak plan pun nak balik minggu ni. Walaupun hari isnin cuti (hari pekerja), tapi plan aku nak mereput je dalam bilik kt Unimap. Tiba2 sehari sebelum aku balik tu, Aidi Palap ajak aku ikut dia pergi Upsi sebab die & Acap ada pertandingan Nasyid peringkat universiti (MAKUM). Lepas tu die suruh aku balik sebab T.malim ke rumah aku dekat sangat. Walaupun sebenarnya journey aku bukan ke PJ tapi ke Jempol, kampung aku. Sebab Induk aku (satu-satunya mak cik yang single) nak bertunang minggu ni. So, satu family aku dah ade kt negeri sembilan.

Nak dijadikan cerita, Induk aku bertunang pada 29 April 2017. Ramai mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat balik kampung untuk meraikan hari pra-bahagia Nek Nuk. Meriah dia, jangan cite..macam nak raya!! Perut aku pon turut terkejut, yela sebelum ni asyik tak cukup makan tapi harini macam2 disumbatnya dalam perut. Dari lopek pisang, trouffle, kek pisang, karipap, pulut kuning, ayam goreng, kaswi...aku pon tak ingat aku makan apa lagi malam tu. Bahagia beb!

Pada pagi hari langsung tu, semua orang bangun awal nk buat preparation. Mak Andam pon smpai quite awal sebab nk melaram muka Nek Nuk. Kitorang pon makan & terus bersiap. Geng2 lelaki kene lapor diri & terima arahan dari Boss tentang perancangan majlis ini. Contohnya, kene angkat dulang makanan, kene angkat kuih & make sure para2 tetamu dihidangkan dengan makanan yang cukup.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Selesai je bacaan doa selamat, pihak lelaki pon tiba & pihak kitorang mula memainkan peranan. Kitorang start angkat dan edarkan makanan2, kuih2 dan air kepada para tetamu pihak perempuan. Yang takleh bla, aku tiba2 jd runner. Apa2 yang tak cukup, aku diberi arahan untuk tambahkan, contohnya nasi & sambal hitam. Dahla time tu panas, memang peluh2 aku...baju pon lencun. Nasib baik aku turut dibantu oleh sorang lagi sepupu aku, Suhail Sado. Lagi bes, orang lain(yang patut jadi runner tengah makan)..aku plak macam nak mati.

Bila semua orang dah habis makan, kitorang kene angkat sume pinggan mangkuk ke dapur. Aq tak tahu siapa yang cuci pinggan masa tu, aku nak je paksa si Najmi & si Ajim. Dua2 tak berfungsi sepanjang majlis. Bila perbincangan pihak lelaki & pihak perempuan dimulakan, aku takde di tempat kejadian sebab aku tengah makan kat dapur. Baru dapat makan kay!! Bila nak makan rasa tak selesa sebab badan dah berlecak2, terus aq pergi toilet, mandi. Bila badan dah sejuk baru bole makan dengan selesa.

Habis makan, aku terus naik nak menyaksikan sesi Penyuntingan Bunga. Rupe2nya dah habis dah sesi tersebut..dah masuk sesi fotografi. Aku pon join je la bergambar.  Input yang aku dapat, pertunangan mereka diikat selama setahun(perancangan).







Gedikz Siblings, tapi kaklong takde...

Nek Nuk yang sudah bersedia untuk menjadi tunangan orang






Hantaran dari pihak perempuan

















Divine Beauty


Tak tahu induk tengah pandang apa






Induk dan tunangnya, Azrul

Induk dan kaum Hawa

Free-style...walaupun macam xde beza ngn gambar formal

Kaum adam

Ni baru betul2 free-stlye






Hantaran pihak lelaki




Pihak lelaki dah nak balik 


Suhail aka Abam Sado
















Runner yang kepenatan













Aku mewakili pihak media mengambil masa untuk menemu ramah Nek Nuk. Minit temu ramah berbunyi macam ni:

Tarot       : Bagaimanakah perasaan anda menempuh hari yang bahagia ini?
Nek Nuk: Saya berasa amat bahagia sekarang. Walaupun saya sangat nervous sebelum     majlis ini berlangsung..semasa majlis pon turut rasa gementar sampai gerak2 bibir. Mata pon terkebil2 sepanjang majlis. Tapi sekarang, saya boleh menarik nafas lega. Walaupun ade eksiden semasa majlis tersebut.

Tarot    : Boleh anda menceritakan dengan lebih terperinci tentang insiden yang berlaku sebentar tadi?
Nek Nuk: Saya dari posisi berdiri dan saya perlu bertukar kepada posisi duduk semasa sesi fotografi. Semasa transaksi tersebut, saya terlanggar tepak sirih lalu terjatuh. Parkara ini menyebabkan bunyi yang sangat kuat datang dari tepak sirih dan saya sangat malu dengan insiden tersebut. Saya tidak tahu apa nak buat kerana terlampau nervous dan gementar.

Tarot      : Apa komen dan kata-kata kepada pihak yang turut menjayakan majlis ini?
Nek Nuk: Saya mengucapkan beribu2 terima kasih kepada pihak2 yang menjayakan majlis. Mereka tidak berhenti membuat kerja dan berhempas pulas untuk memastikan perjalanan majlis ini licin dan lancar. Lagi sekali, terima kasih warga Enon!! Muah

Tarot       : Soalan terakhir, apakah harapan anda untuk majlis akan datang?
Nek Nuk: Saya berharap majlis seterusnya lebih meriah dan semua pihak berwajib meneruskan usaha yang mantap dan disanjungi.

Seterusnya, pihak media mengambil peluang untuk menemu ramah wakil runner iaitu Payed.

Tarot: Apakah komen dan pandangan anda tentang hari yang bahagia ini?
Payed: Bahagia

Tarot: Apakah harapan anda untuk majlis yang akan datang?
Payed: Lebih bahagia

Apa2 pon kita mengucapkan terima kasih kepada pihak yang ditemu ramah atas komitmen mereka yang sangat komited. Dan terima kasih kepada semua pihak atas kejayaan majlis pertunangan Nek Nuk.

Pihak yang ditugaskan untuk membeli air batu (runner pon bole)

Aiman Tino. Muko asyik sodih jo...paneh sangat kampung Uwan ni. Tak sojuk macam kek Korea




Selepas majlis pertunangan tamat, meraikan sepetang di halaman Uwan. Warga Enon kene get ready fizikal dan mental untuk majlis seterusnya iaitu Akad Nikah Nek Nuk.

2 comments:

  1. cantik nek nuk, semoga selamat semuanya hingga ke peringkat seterusnya

    ReplyDelete