nuffnang adds

Friday, February 24, 2017

Yok Buat Hal...!!! | Zaman Matrikulasi Gopeng, Perak

Sebab last time, cite pasal matriks dpt views yg membanggakan ( 1st Moment yang Memalukan Semasa di Alam Matrikulasi ), so aq nak throwback satu lagi cite kt matriks. Cite ni masa sem dua, time tu kitorg, M2t9 mengendalikan experiment chemistry yg terakhir untuk sem 2. Aq x ingat experiment tu pasal apa & aq x ingat sape lab partner aq (Fai rasenye). Moment yg paling menarik time experiment tu semasa di hujung sesi experiment. Aq, Yok (Isrhoe) & Wan Syaz basuh tangan pakai sabun Joy kt belakang lab bersama2. Sebab time habis ape2 lab, mmg kitorg diwajibkan membasuh tangan. So, kitorg pon basuh tangan sambil borak2. Lepas tu, Si Yok tutup sabun joy tu & bbrp titik sabun tepercik ke dalam matanya. Pastu, die terus basuh mata die, katanya pedih. Aq ngn Wan Syaz mule2 x kisah pon sbb ingat xde pape. Yela, time mandi pon byk kali sabun masuk mata kan.

Las2, kitorg mula risau & aq start tolong basuh mata die sekali. Madam Adilah pon perasan kitorg & datang ke meja kitorg. Madam kata sabun ni dh bercampur2 ngn bahan kimia dlm lab sbb ramai org pgg2 botol sabun tu...sbb tu jd pedih (kemungkinan bahan kimia tu pon masuk dalam mata Yok). Lepas 5 minit sesi membasuh, aq suruh Yok bukak mata, die kata die xle bukak..still pedih. Die pon sambung basuh mata..aq xtau buat ape, tolong gosok belakang badan die. Madam pon cakap, "Yang kamu gosok belakang die tu kenapa?". Aq cakap la, "Ntah, saya x tahu nak buat apa." Time tu seluruh M2t9 berada di kawasan kejadian utk menyaksikan peristiwa tersebut.

Madam suruh wakil pergi beli ubat mata (eyemo), so si ketua Razak pergi beli...aq ikut sekali. Mula2 pergi kedai runcit, xde. Lepas tu pergi kedai buku, pon xde. Sebab xtau nak pergi kedai mana, kitorg pergi kedai terakhir yg sah2 xde, kedai fotostat...obviously xde. Dengan hampanya, kitorg kembali ke lab. Otw ke lab, kitorg jumpe lecturer favourite kitorg (favourite M2T9) Miss Shakila. Kitorg cite kat die ape yg jd dengan harapan die ada eyemo atau apa2 yg sewaktu dengannya. Reaction die cuma, "My goodness, you people....!!". Dengan awkwardnya, kitorg beredar.

Sampai2 lab tu, tgok Yok dah terbaring & someone (Wan Syaz rasenye) pegang eyemo tu. Xtau dari mana diorg dapat. Rasenye lab assistant bagi. Madam Adila kata, "Kesian kamu. Dahla family jauh, lepas jadi mcm ni pula. Nasib baik kamu ada kawan2 macam ni.". Sebab time tu sume dok menenangkan die..ramai2 pegang die bagi support. Lepas tu, Razak (kot) yang mengambil tanggungjawab untuk menitiskan eyemo ke dalam matanya. Serious weyh, tu memang great moment untuk dak2 laki kelas M2t9. 

Ni lepas operasi mata Yok. Sebelah kiri tu Ajak, ketua operasi ni. Sebelah kanan tu Yok, mangsa dalam peristiwa ni. Tu pon still xle bukak mata.

Dari kiri: Alip Hamster, Izzue, Me (Tarot), Ajak Ketua, Yok...& kalau korang perasan ada mata antara Ajak ngn Yok, tu Wan Syaz

Sebab ni moment yang x dpt dilupakan utk kelas M2t9, kitorg decide untuk selfie. Dan gaya selfie kitorg ialah, "selfie sakit mata kiri". Btw, sume org tutup mata yang salah kecuali aku. Sumpah xle lupa peristiwa ni & aku decide namakan moment ni "Yok Buat Hal...!".


No comments:

Post a Comment