Tuesday, July 25, 2017

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

JOM JOIN RAMAI-RAMAI, KLIK BANNER DI ATAS !!

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017. Dan senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad),Insya'Allah.

3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.

Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys

Singgah Kedai Ustaz- Semua Barang MURAH !!!


Lepas je hantar budak2 tu balik kat KTM ( Suhail's Openhouse Turns into Unexpected Sleepover ), big-bro terus ajak pergi kedai Ustaz. Tarot dahlah belum mandi, wallet pon tak bawak...tapi dah alang2 keluar, lebih baik terus pergi. Nanti dah balik rumah, confirm malas nak keluar balik. Yelah, nak belikan accessories untuk new baby πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜ƒ.

Kedai ustaz ni memang lengkap semua benda, banyak choice dan harga memang murah !!! Tarot jadi rambang mata, tak tahu nak beli yang mana. Rasa fidget spinner pon nak beli. Tapi yang penting tempered glass & casing je, sebab nak fully-protected.

Beli macam2, tempered glass, casing, usb dan usb protection. Harga baru RM 27 tu pun dia bagi diskaun...jadi RM 25. Memang pemurah betul, Tarot syorkan beli barang dan accessories phone kat sini. Memang Terbaik !!!






For more information, please click the link below.

Team Sekretariat "Menggamatkan" Suasana Raya di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis


Hari ini dah masuk hari ke-12 team sekretariat mengharungi gerak kerja. Setakat ni, progress still on track dan semua pergerakan masih lancar. Tapi kitorang punya tahap stress dan tension makin meningkat. Biasa la, kalau bab2 nak urus event & management ni memang mencabar sikit. Tapi ilmu2 yang ditimba ni memang sangat berguna pada masa hadapan.

Tanggal 22 Julai 2017, UniMAP ada mengadakan jamuan raya terbuka untuk staf. Tetapi pelajar juga turut dijemput sebab pelajar tinggal berapa kerat je dekat kat UniMAP ni. So, kitorang decide nak pakai baju raya untuk memeriahkan kehadiran pihak sekretariat dalam majlis ini. Kitorang dah kena start promote kot Festkon 12 ni, kira kat majlis ni bole mula promote.

Baru nak bertolak, photoshoot dulu..bukan senang nak bergaya macam ni.

TYDP yang lupa untuk bersampin.

Budak try-hard nak photoshoot Hipster.

Inilah Hasilnya !!!



Kami bergambar dengan booth Pembuatan dan Dr. Zakimi. Booth ini menyajikan sate ayam & sate daging.


Kambing Bakar. Salah seorang wakil untuk kambing bakar ni merupakan JHEPA sendiri.


Setiausaha II Festival Konvokesyen 12, Syifatul.

Sekretariat Festkon 12 bersama Naib Canselor, Dato' Prof Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal


Kami bergambar di atas pentas Dewan Ilmu. Bagi satu dewan nampak kitorang.



Bersama Sufi Suraya, Exco Multimedia yang sukar dikesan sebab busy dengan final year.

Barisan-barisan MPP yang turut hadir memeriahkan Majlis Riang Ria Raya.


MPP juga turut membantu untuk mempromosikan Festkon 12.






Izzul aka Ketua Gummy Bear.

#teamrayapurple


#teamrayahijau

Acap, hero idaman malaya...dikelilingi gadis2.


Sukanya Alip !!

Setiap PPK, unit2 dan jabatan wajib bukak booth untuk hidangkan sajian istimewa pada hari ini. Sajian yang disediakan termasuklah nasi impit, rendang, lontong, nasi tomato, ais krim, sate, kebab, dan macam2 lagi la. Dahla nak dekat sebulan raya...bulan Syawal nak habis dah, tapi raya kan sebulan.

Lepas tu ade jugak la aktiviti2 yang menarik yang menjadikan suasana Dewan Ilmu tu bertambah-tambah meriah macam pertandingan hias kek, pertandingan pakaian seragam dan nyanyian lagu raya. Student pon ramai yang turut hadir yang kebanyakkannya student diploma. Tarot pon tegur la semua orang yang ada lagi2 lecturer sebab kebanyakan lecturer menghadirkan diri. Bukan nak kata famous tapi memang selalu tunjuk muka sampai lecturer tu kenal la.

Selepas beberapa jam kitorang kat sini, dah tak tau berapa round dah pusing kawasan Dewan Ilmu ni. Perut pon dah makin memerut, rasa ketat kat bahagian pinggang. So, kitorang pon decide nak balik. Tapi nasib baik sempat kutip duit raya dari Prof Fo'ad. Hehe


          
       
Sementara nak tunggu balik, kitorang sempat bergambar dulu di hadapan kawasan Dewan Ilmu.




Sunday, July 16, 2017

Pandangan Faiz Dickie tentang "Friendship"


Haritu Tarot main twitter sambil baring atas katil sementara nak tunggu mata mengantuk. Scroll twitter tu memang perkara WAJIB sebelum tidur sebab itu macam medium untuk bagi mata mengantuk. Lepas tu, scroll2 twitter tiba2 satu phrase ni sangat menarik perhatian Tarot iaitu "Faiz Dickie on Friendship". Lepas tu terus klik pada gambar tersebut untuk baca caption Faiz Dickie tentang friendship.




Di sini, Faiz memberi memberi persamaan luggage dan friendship. Tarot tertarik dengan caption Faiz sebab Tarot bole relate dengan diri Tarot sendiri. Tarot pernah berada dalam situasi tersebut. Apabila Tarot mempunyai kawan yang ramai memang Tarot selalu dipandang oleh orang ramai, rasa macam diri ni famous, menarik dan diberi perhatian. 

Tetapi, Tarot memang rasa kalau kawan terlampau ramai ni akan drag me down. Diorang ni akan menyebabkan Tarot tak berkembang. Lepas tu, duit pon banyak habis. Tarot memang bersetuju dengan pandangan Faiz 100%. 

Bagi Tarot, quality lagi penting dari quantity. Lagi baik ada sikit kawan tapi bole dipercayai daripada ramai kawan tapi makan kawan. Memang perit nak "gugurkan" diorang daripada hidup kita tapi percayalah, korang akan pergi lagi jauh tanpa diorang. Just keep yang betul2 dipercayai dengan korang, yang "extra" just gugurkan dari hidup. 

It's gonna be PAINFUL, but it's gonna be worth it!!

Monday, July 10, 2017

Bermulalah Gerak Kerja Untuk Sekretariat Festkon 12


Pada March yang lalu, pihak Unimap telah mengadakan perkhemahan bagi pelajar yang terpilih untuk menjadi sekretariat Festkon yang ke 12. Perkhemahan yang diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit Perlis ini berkonsepkan teambuilding bagi tujuan memupuk sikap kerjasama dan dinamik dalam kalangan sekretariat yang bakal dilantik. Sekretariat juga masih tidak mengenali antara satu sama lain dan aktiviti yang diadakan di perkhemahan ini bakal meningkatkan tahap pengenalan antara para sekretariat.







Sepanjang kami berada di Kem ini, setiap aktiviti dan tentatif dikendalikan oleh fasilitator terlatih dan urusetia. Aktiviti yang dikendalikan berkonsepkan kepimpinan dan kerjasama memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, fizikal dan mental juga turut dicabar dengan hebat dan kami harus mengharungi setiap cabaran dengan jayanya. 

Antara aktiviti-aktiviti yang mencabar mental termasuklah team player & sabotaj, freeze dan bola golf & batang pipe. Pihak urusetia sentiasa menguji mental dan fizikal kami atas tujuan mempertingkat daya ketahanan mental kami. Mereka menegaskan, para sekretariat harus memiliki daya ketahanan yang jitu bagi menggerakan Festkon pada bulan Oktober kelak. Kami juga turut diuji dengan aktiviti fizikal dengan beberapa aktiviti yang mencabar.

Pada sebelah malam, kuasa dialihkan sepenuhnya kepada Pengarah Festkon 12 kami, Amir Hakim. Amir Hakim menyusun kesemua Sekretariat kepada exco-exco tertentu daripada exco tajaan, exco persembahan, exco cenderahati sampai exco pengangkutan. Festkon 12 merangkumi 16 exco serta Majlis Tertinggi yang merangkumi Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha dan Bendahari.

Pengarah Amir Hakim menyusun exconya mengikut kesesuaian personaliti, kemahiran dan pengalaman setiap sekretariat. Sebagai contoh, Tarot diletakkan dalam exco dokumentasi kerana kemahiran membina ayat dengan baik serta kreatif dalam penulisan. Tarot tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai pendapat dan pandangan Amir Hakim tentang perkara tersebut.

Seterusnya, kami harus membentangkan tentang idea dan penambahbaikkan untuk exco yang telah diletakkan. Kami juga turut dibantu oleh bekas sekretariat Festkon iaitu Festkon 11. Mereka juga diberi slot untuk berkongsi tentang pengalaman mereka sepanjang gerak kerja mereka pada Festkon 11.

 Sesi Latihan Dalam Kumpulan. Sesi ini kami diberi peluang berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai isu semasa bagi membuka fikiran para pelajar.

Aktiviti Team Player dan Sabotaj.

 Aktiviti lasak yang mencabar fizikal.


Pebentangan setiap exco.











Maka pada cuti semester ini, semua pelajar Universiti sedang seronok bercuti dan masih menyambut raya. Kami sebagai sekretariat Festkon 12 harus kembali ke UniMaP untuk memulakan gerak kerja untuk Festkon 12 pada Oktober akan datang.